X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 29 Oktober 2021

Elak jadi mangsa sindiket tipu keputusan saringan Covid-19

Contoh mesej dihantar kepada mangsa berhubung keputusan ujian saringan Covid-19.
A
A

KUALA TERENGGANU - Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah menekan pautan yang diterima terutama daripada nombor meragukan bagi mengelak telefon pintar peribadi digodam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud berkata, sindiket penipuan kini dikesan menggunakan taktik menghantar mesej ujian saringan Covid-19 menerusi aplikasi WhatsApp kepada orang ramai beserta pautan yang 'wajib' ditekan penerima.

Beliau berkata, isi kandungan mesej berkenaan kononnya memaklumkan kepada penerima bahawa keputusan hasil saringan Covid-19 dilakukan adalah positif dan perlu menekan pautan yang disertakan untuk maklum balas.

"Difahamkan sekiranya mangsa berbuat demikian seperti diarahkan, telefon pintar milik mereka akan digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab ini.

" Jadi, saya ingin mengingatkan kepada masyarakat terutamanya mereka yang tidak pernah melakukan swab test Covid-19 sama ada di klinik swasta mahupun di klinik kesihatan kerajaan agar tidak mudah panik dan tidak melayan apa jua arahan diberikan dalam mesej tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Jelasnya, setakat ini masih belum ada kes sedemikian dilaporkan di Terengganu, bagaimanapun orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dan tidak menekan mana-mana pautan diterima daripada nombor telefon yang meragukan bertujuan untuk berkongsi maklumat peribadi.

Sebaliknya, beliau mengingatkan orang ramai agar segera mengabaikan mesej-mesej atau panggilan yang diterima daripada individu tidak dikenali kerana ketika ini sindiket penipuan telah menggunakan pelbagai taktik untuk menjerat mangsa setiap hari.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!