UPKK ditangguhkan ke 15 hingga 18 November

UPKK yang dijadualkan pada 4 hingga 7 Oktober depan bagi calon 2020 dan 2021, ditangguhkan ke 15 hingga 18 November depan.
UPKK yang dijadualkan pada 4 hingga 7 Oktober depan bagi calon 2020 dan 2021, ditangguhkan ke 15 hingga 18 November depan.
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Peperiksaan bagi subjek bertulis Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2021 yang dijadualkan berlangsung pada awal bulan depan ditangguhkan kepada pertengahan November.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad berkata, keputusan itu dibuat mengambil kira situasi semasa serta ulasan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan keputusan kebenaran Majlis Keselamatan Negara (MKN) bertarikh 6 September 2021.

"Subjek bertulis UPKK yang dijadual diadakan pada 4 hingga 7 Oktober depan ditangguhkan kepada 15 hingga 18 November," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Idris berkata, dalam usaha membentuk imuniti berkelompok, kerajaan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) juga membuat ketetapan hanya petugas peperiksaan yang sudah menerima dua dos lengkap vaksin Covid-19 sahaja dibenarkan untuk bertugas di semua pusat peperiksaan.

Menurutnya, Jakim sentiasa memberi perhatian serius terhadap situasi semasa pandemik Covid-19 di negara ini khususnya dari aspek keselamatan murid dan semua petugas peperiksaan.

"Jakim dengan kerjasama semua agensi telah menyediakan pelan tindakan demi untuk memastikan UPKK dapat dilaksanakan dan berjalan lancar," jelas beliau.

Artikel Berkaitan: