Harapan Keluarga Malaysia kepada ‘Keluarga Kerajaan’

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto fail Bernama
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob - Foto fail Bernama
A
A
A

ORANG baharu idea baharu. Begitulah apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri baharu kita, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob apabila memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia.

Pendekatan Keluarga Malaysia tidak jauh bezanya dengan 1Malaysia yang sinonim dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Seperti 1Malaysia, berbekalkan semangat Keluarga Malaysia, kerajaan Ismail Sabri mahukan seluruh lapisan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama agar hidup bersatu padu dan menghormati antara satu sama lain.

Sejak mencapai kemerdekaan, rakyat sudah lama menikmati kemesraan masyarakat majmuk. Sama ada 1Malaysia ataupun Keluarga Malaysia, kita sememangnya mencintai negara kita sendiri. Inilah tanah air kita.

Cuma apa yang ingin rakyat tahu ialah bagaimana ‘Keluarga Kerajaan’ kita menjaga dan meningkatkan kehidupan yang lebih selesa kepada Keluarga Malaysia?

Seperti ditekankan Ismail Sabri, konsep Keluarga Malaysia diambil kerana bagi beliau keutuhan negara terikat dengan nilai-nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga.

Begitu jugalah harapan rakyat pada pentadbiran kerajaan pimpinan beliau. Kita tahu ‘Keluarga Kerajaan’ beliau begitu besar, sampai ada 30 Menteri dan 37 Timbalan Menteri.

Kita mahu semua Menteri dan Timbalan Menteri bekerja bersungguh- sungguh untuk rakyat. Terapkanlah nilai- nilai prihatin dan benar-benar menjadi pemimpin yang berjiwa rakyat

Artikel Berkaitan:

Sekiranya seluruh ‘ahli keluarga’ Ismail Sabri dalam ‘Keluarga Kerajaan’ itu bekerja penuh dedikasi, tidak ada sebab kerajaannya akan ditolak rakyat dalam pilihan raya nanti.

Keluarga Malaysia sesungguhnya inginkan sebuah ‘Keluarga Kerajaan’ yang cemerlang dan beramanah.

Kita tunggulah sejauh mana bagusnya ‘Keluarga Kerajaan’ dalam tempoh 100 hari akan datang.