Petron taja bahan api RM60,000 kepada badan kebajikan

Petron Malaysia hulur bantuan berbentuk bahan api iaitu minyak bernilai RM60,000 kepada tiga NGO iaitu Community Policing Malaysia, MERCY Malaysia dan My Food Directory & Delivery Covid-19.
Petron Malaysia hulur bantuan berbentuk bahan api iaitu minyak bernilai RM60,000 kepada tiga NGO iaitu Community Policing Malaysia, MERCY Malaysia dan My Food Directory & Delivery Covid-19.
A
A
A

PETRON Malaysia menghulurkan bantuan berbentuk bahan api iaitu minyak bernilai RM60,000 kepada tiga badan kebajikan bukan kerajaan (NGO) iaitu Community Policing Malaysia, MERCY Malaysia dan My Food Directory & Delivery Covid-19.

Pengurus Besarnya, Faridah Ali berkata, usaha ini sebagai tanda sokongan kepada organisasi-organisasi ini yang telah banyak membantu golongan barisan hadapan, komuniti yang memerlukan dan keluarga yang terkesan semasa pandemik ini.

"Ini sekali gus dapat meringankan sedikit bebanan mereka untuk memenuhi misi-misi di waktu yang sukar ini," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Bagi aktivis, Kuan Chee Heng daripada Community Policing Malaysia, sepanjang tahun, pihaknya membantu ramai orang melalui inisiatif Ambulans RM1 dan Teksi RM0.10, di mana sesiapa yang memerlukan bantuan boleh membayar servis dengan harga RM1 dan RM0.10 sahaja.

"Inisiatif ini hasil sumbangan Petron menerusi tajaan minyak oleh syarikat berkenaan," ujar beliau.

Melalui tajaan bahan api tersebut ianya membolehkan mereka membantu lebih ramai lagi keluarga B40 yang memerlukan perkhidmatan pengangkutan ke hospital dan pusat pemberian vaksin.

Semenjak PKP tahun lepas, Petron turut kekal komited dalam memberi sokongan kepada misI-misi kemanusiaan di bawah MERCY Malaysia, yang menyasarkan kepada komuniti dan hospital.

Pengurus Besar Operasi Program MERCY Malaysia, Said Alhudzari Ibrahim berkata, MERCY Malaysia komited dalam membawa perubahan dan menggunakan kepakaran kami dalam menghulurkan bantuan kemanusiaan sewaktu kebertahanan Malaysia diuji manakala My Food Directory & Delivery Covid-19 (MFDDC19) pula mengumpulkan 42,000 rakan komuniti untuk membantu satu sama lain dengan menyokong perniagaan tempatan.

Artikel Berkaitan:

Ini dijayakan menerusi sumbangan Petron dan usaha lebih dari 90 penghantar makanan sukarelawan yang bertugas di 70 kawasan di Lembah Klang.

Menurut pentadbir MFDDC 19, Sara Low, dengan semangat #kitajagakita, ahlinya telah berjaya membawa rangkaian untuk menguruskan lebihan makanan dan menghantar makanan tersebut kepada ahli-ahli daripada golongan M40 dan B40 yang terkesan semasa pandemik ini.