X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Operasi feri Kuala Kedah ke Langkawi ditutup

Perkhidmatan feri Konsortium Ferry Line Ventures dari Kuala Kedah ke Langkawi di Terminal Feri Kuala Kedah akan ditutup selama dua minggu susulan pelaksanaan PKPD bermula Isnin.
A
A

ALOR SETAR - Perkhidmatan feri dari Kuala Kedah ke Langkawi di Terminal Feri Kuala Kedah akan ditutup selama dua minggu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuala Kedah bermula Isnin.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures, Kapten Baharin Baharom berkata, terminal itu akan ditutup bermula 6 hingga 19 September depan.

Menurutnya, penumpang yang keluar masuk ke Langkawi boleh menggunakan perkhidmatan feri di Kuala Perlis yang akan dibuka bermula Isnin dengan kekerapan satu perjalanan sehari.

Baharin
Baharin

"Bagi perjalanan dari Langkawi ke Kuala Perlis, perkhidmatan feri akan beroperasi pada jam 11 pagi dan Kuala Perlis ke Langkawi pada jam 1 petang.

"Kekerapan perjalanan feri akan ditambah jika mendapat permintaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, hanya 50 peratus jumlah kapasiti penumpang dibenarkan pada satu-satu masa daripada jumlah keseluruhan tempat duduk dalam feri.

Dalam perkembangan sama, beliau menjelaskan penumpang yang telah membeli tiket bagi perjalanan Langkawi - Kuala Kedah - Langkawi dibenarkan membuat tuntutan bayaran balik harga tiket melalui e-mel seperti tercatat pada pas masuk bagi pembelian dalam talian.

Baharin memaklumkan penumpang terlibat juga boleh mengemukakan tuntutan bayaran balik di kaunter bagi pembelian di kaunter atau menukar perjalanan keluar masuk melalui Terminal Kuala Perlis.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!