Wanita curi tabung masjid sudah dibantu: Rina

Nur Amira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri wang tunai bernilai RM40 dari tabung Masjid Sirajudin pada 28 Ogos lalu
Nur Amira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri wang tunai bernilai RM40 dari tabung Masjid Sirajudin pada 28 Ogos lalu
A
A
A

YAN - Tukang cuci sambilan yang dituduh mencuri tabung masjid di Padang Besar, Perlis sudah dibantu, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Beliau berkata, pihaknya juga menganggap masalah wanita berkenaan sudah selesai setelah dijamin keluar.

“Masalah wanita itu sudah selesai. Saya kira masalah sosial seperti ini ada di mana-mana sahaja. Inilah yang kita jalankan, bila orang susah kita datang dan bantu, bantuan itu bukan sahaja dari segi kewangan tetapi juga dari segi emosi dan sebagainya," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tidak mengaku bersalah curi tabung masjid

Wanita curi tabung masjid ketika jemaah solat

Beliau berkata demikian ketika memantau kawasan tragedi kepala air Gunung Jerai di Jalan Masjid, Yan pada Sabtu.

Rina (kiri) menyampaikan sumbangan kepada mangsa terjejas tragedi kepala air, Noor Zalela Abd Razak di Jalan Masjid Yan pada Sabtu.
Rina (kiri) menyampaikan sumbangan kepada mangsa terjejas tragedi kepala air, Noor Zalela Abd Razak di Jalan Masjid Yan pada Sabtu.

Menurut Rina, kerajaan sentiasa peka dengan keperluan semua golongan terutama mereka yang ditimpa masalah.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita didakwa mencuri tabung masjid ketika jemaah lain sedang menunaikan solat pada 28 Ogos lalu.

Bagaimanapun, wanita yang dituduh di Mahkamah Majistret Kangar itu telah diikat jamin oleh Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Perlis, Abu Bakar Hamzah yang membayar wang jaminan sebanyak RM2,000 yang membolehkan dia dibebaskan.

ARTIKEL BERKAITAN: Kes curi tabung masjid: Aktivis sanggup bayar 10 kali ganda

Artikel Berkaitan: