X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Wanita tidak mengaku bersalah curi tabung masjid

Perbuatan tertuduh berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan. - Foto Astro AWANI
A
A

KANGAR - Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kangar hari ini atas pertuduhan mencuri wang tunai bernilai RM40 dari tabung sebuah masjid Ogos lalu.

Tertuduh, Nor Amira Roslan, 28, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Kamaliza Md Zain.

Dia yang bekerja sebagai tukang cuci didakwa mencuri wang tunai dari tabung Masjid Sirajudin kira-kira pukul 8.45 malam pada 28 Ogos lalu.

Perbuatan itu berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita curi tabung masjid ketika jemaah solat

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun.

Nur Amira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri wang tunai bernilai RM40 dari tabung Masjid Sirajudin pada 28 Ogos lalu. - Foto Astro AWANI
Nur Amira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri wang tunai bernilai RM40 dari tabung Masjid Sirajudin pada 28 Ogos lalu. - Foto Astro AWANI

Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh dijamin RM2,000.

Peguam mewakili tertuduh, Nur Iman Nor Azmi, merayu jaminan diringankan dengan alasan tertuduh yang mempunyai pendapatan yang tidak tetap, terdesak dan selain mempunyai masalah rumahtangga dan tinggal berasingan dengan suami.

Mahkamah bagaimanapun menolak permohonan tertuduh dengan mengekalkan jaminan RM2,000 terbabit.

Mahkamah menetapkan 4 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes. - Awani


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!