X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 19 Oktober 2021

Kes curi tabung masjid: Aktivis sanggup bayar 10 kali ganda

Nur Amira mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencuri wang tunai bernilai RM40 dari tabung Masjid Sirajudin pada 28 Ogos lalu. Gambar kecil: Khaidir Ahmad
A
A

TEMERLOH- Seorang aktivis alam sekitar sanggup membayar ganti rugi 10 kali ganda terhadap sebuah pengurusan masjid di Padang Pauh di Perlis.

Khaidir Ahmad, 59, menawarkan diri untuk membayar RM400 berikutan pertuduhan yang dihadapi seorang tukang cuci sambilan, Nor Amira Roslan, 28, didakwa mencuri duit dalam tabung masjid terbabit sebanyak RM40 pada bulan lalu selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kangar pada Khamis.

Menurutnya, ia dilakukan atas dasar kemanusiaan terutama saudara seagama selain bersimpati dengan nasib dihadapi oleh wanita berkenaan.

"Saya dengan rendah hati menawarkan diri untuk menggantikan wang tabung masjid RM40 yang dicuri oleh wanita ini sebanyak 10 kali ganda atau RM400 jika Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid berkenaan menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap wanita berkenaan dan memaafkannya.

"Pihak masjid boleh menghubungi atau WhatsApp saya di 013 9288 288 dengan menyertakan nombor akaun masjid bagi tujuan penggantian wang berkenaan.

"Saya juga merayu kepada sesiapa sahaja yang boleh membantu saya bagi menyampaikan mesej ini kepada pihak masjid berkenaan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau kesal kerana ada individu yang menyamun dan mencuri berjuta-juta ringgit tetapi kes mereka lewat didakwa dan ditangguhkan berkali-kali.

"Namun wanita ini mengambil wang dari tabung masjid cuma RM40 untuk membeli keperluan bagi meneruskan hidup terus didakwa di mahkamah dengan begitu pantas," ujarnya lagi.

Tegasnya, sepatutnya pihak masjid dan ketua kampung atau penghulu menyiasat dan beri peluang kepada wanita terbabit sebelum membuat laporan polis.

Wanita terbabit mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut dan diperintahkan membayar RM2,000 sebagai jaminan selain 4 Oktober depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!