Padah tangkap ikan di kawasan larangan

PPM memeriksa bot jenis tunda yang melakukan kegiatan mengakap ikan di kawasan larangan. Foto: Ihsan PPM.
PPM memeriksa bot jenis tunda yang melakukan kegiatan mengakap ikan di kawasan larangan. Foto: Ihsan PPM.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pasukan Polis Marin (PPM) Kota Kinabalu menahan sebuah bot selepas didapati menjalankan penangkapan ikan menggunakan pukat tunda kurang 6 batu nautika di perairan Kota Belud, pagi kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 10.30 pagi itu, nelayan berkenaan didapati melanggar syarat lesen menangkap ikan di kawasan larangan yang dikeluarkan Jabatan Perikanan.

Foto: Ihsan PPM
Foto: Ihsan PPM

Komander PPM W4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata, tangkapan dibuat ke atas sebuah bot nelayan jenis tunda yang dikendalikan oleh juragan seorang lelaki warganegara Indonesia berumur 40 tahun.

"Hasil pemeriksaan ke atas bot nelayan tersebut telah menjumpai ikan pelbagai jenis di dalam petak penyimpanan ikan dan yang masih di dalam pukat.

"Nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM4,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Pajeri menambah, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Markas Operasi PPM Kota Kinabalu untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Perikanan 1985.

Artikel Berkaitan: