Covid-19: Kes positif global lebih 219.5 juta, korban 4.54 juta

Indonesia mendominasi angka kematian di Asia Tenggara dengan lebih 134,000 kes korban. (Gambar hiasan) - Foto Bernama
Indonesia mendominasi angka kematian di Asia Tenggara dengan lebih 134,000 kes korban. (Gambar hiasan) - Foto Bernama
A
A
A

LEBIH 700,000 kes baharu Covid-19 dikesan dalam tempoh 24 jam lepas di seluruh dunia menjadikan jumlah kumulatif kes global ketika ini melebihi 219.5 juta.

Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan 39.6 juta kes, diikuti India dengan lebih 32.9 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.8 juta kes, menurut data terbaharu Johns Hopkins University.

Negara yang melebihi angka 6 juta kes pula adalah United Kingdom, Perancis, Rusia dan Turki, manakala Argentina melebih 5 juta kes.

Sementara Colombia dan Sepanyol mencatatkan kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4.1 juta kes.

Ini diikuti Filipina dengan lebih 2.0 juta kes sementara Malaysia 1.8 juta kes dan Thailand dengan 1.2 juta kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 seluruh dunia kini melebihi 4.54 juta.

Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 644,000 kes, diikuti Brazil dengan lebih 581,000 kes, India lebih 439,000 kes dan Mexico lebih 261,000 kes.

Artikel Berkaitan:

Sementara United Kingdom mencatatkan lebih 133,000 kematian.

Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 134,000 kes korban, Filipina di tangga kedua dengan lebih 33,000 diikuti Malaysia dengan 17,000 kes dan Thailand lebih 12,000 angka korban.