Jumpa bayi lelaki depan rumah

Bayi lelaki yang diletakkan di dalam sebuah beg plastik dijumpai di hadapan sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala di sini pada Khamis.
Bayi lelaki yang diletakkan di dalam sebuah beg plastik dijumpai di hadapan sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala di sini pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang bayi lelaki dijumpai di hadapan sebuah rumah di Kampung Sungai Penchala Taman Tun Dr Ismail di sini pada Khamis.

Timbalan Ketua Polis Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada jam 9.15 pagi.

"Bayi dalam keadaan cukup sifat itu dijumpai di sebuah beg plastik yang diletakkan di hadapan rumah berkenaan," katanya melalui kenyataan pada Khamis.

Basri berkata, bayi itu telah dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyembunyikan kelahiran," katanya.

Basri memaklumkan orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan penemuan bayi lelaki itu diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk memberi keterangan.

"Maklumat lain berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.

Artikel Berkaitan: