Tiga ibu tunggal rugi diperdaya kenalan maya

 Tiga ibu tunggal berputih mata apabila kerugian sebanyak RM31,500 selepas ditipu sindiket 'parcel scam' pada Isnin. Foto 123RF
Tiga ibu tunggal berputih mata apabila kerugian sebanyak RM31,500 selepas ditipu sindiket 'parcel scam' pada Isnin. Foto 123RF
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiga ibu tunggal berputih mata apabila kerugian sebanyak RM31,500 selepas ditipu sindiket 'parcel scam' pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mahidisham Ishak berkata, menerusi tiga kes yang diterima, kesemua mangsa telah berkenalan dengan seorang individu melalui media sosial.

"Ketiga-tiga mangsa dalam kes tersebut merupakan ibu tunggal yang mana kenalan alam maya mereka telah memaklumkan ada menghantar bungkusan dari luar negara.

"Mangsa kemudiannya diminta untuk membayar sejumlah wang bagi tujuan kos penghantaran bungkusan tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, namun begitu, bungkusan yang dijanjikan tidak diterima.

"Ketiga-tiga mangsa mengalami kerugian berjumlah RM31,500.

"Kesemua kes disiasat di bawah seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Dalam pada itu, Mahidisham berkata, bagi tempoh Januari sehingga 31 Ogos 2021, sebanyak 115 kertas siasatan melibatkan kerugian berjumlah RM1,641,359.96 berkaitan penipuan 'parcel scam' telah dibuka.

Artikel Berkaitan:

"Sindiket menyasarkan golongan wanita yang bekerjaya dan ‘kesunyian’ sebagai mangsa.

"Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dengan kenalan melalui media sosial serta jangan mudah terpedaya dengan tawaran bungkusan dan melakukan transaksi tanpa usul periksa," katanya.