‘Tangan sejuk’ banduan hasilkan 4,000 rock melon

Pengarah Penjara Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob (kanan) bersama banduan (tengah) menuai tembikai wangi jenis rock melon sambil diperhatikan Pengarah Operasi Loging Farmers Sdn Bhd (Subsidiari El Matta Sdn Bhd), Bok Chee Kit.
Pengarah Penjara Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob (kanan) bersama banduan (tengah) menuai tembikai wangi jenis rock melon sambil diperhatikan Pengarah Operasi Loging Farmers Sdn Bhd (Subsidiari El Matta Sdn Bhd), Bok Chee Kit.
A
A
A

KOTA BHARU - Lebih 4,000 biji buah tembikai wangi jenis rock melon berjaya dihasilkan oleh ‘tangan sejuk’ 12 banduan Orang Diparol (ODP) dan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (OBB) di tapak semaian di Penjara Pengkalan Chepa di sini.

Tanaman 2,040 benih pokok itu dijalankan menerusi Projek Latihan Pertanian Fertigasi dengan usahasama Janatan Penjara Malaysia dan El Matta Sdn Bhd.

Pengarah Penjara Kelantan, Penolong Kanan Komisioner Mat Yaacob berkata, banduan ODP yang terpilih menyertai projek rintis itu adalah mereka yang sedang menjalani Sistem Parol terdiri daripada pelbagai kesalahan dan hukuman.

Katanya, mereka yang diberi pelepasan bagi menjalani baki hukuman di luar penjara itu turut menerima gaji RM1,200 setiap bulan sepanjang terbabit dalam program berkenaan.

“Projek bermula pada Mei lalu dilakukan sepenuhnya oleh banduan bermula daripada semaian benih sehingga kini tempoh boleh dituai.

“Hasil buah rock melon ini akan dipasarkan oleh El Matta Sdn Bhd di pasaran tempatan dan seluruh negara,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Penjara Pengkalan Chepa, di sini, pada Khamis.

Tiga daripada 12 banduan Orang Diparol (ODP) dan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (OBB) yang menjaga kebun tanaman tembikai wangi jenis rock melon.
Tiga daripada 12 banduan Orang Diparol (ODP) dan Pelepasan Banduan Secara Berlesen (OBB) yang menjaga kebun tanaman tembikai wangi jenis rock melon.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata demikian sempena kerja-kerja menuai rock melon yang turut dihadiri Pengarah Operasi Loging Farmers Sdn Bhd (Subsidiari El Matta Sdn Bhd), Bok Chee Kit.

Mat berkata, banduan yang mengikuti program dan bebas sepenuhnya kelak berpeluang untuk diserap masuk bekerja secara tetap dalam bidang pertanian dan penternakan.

“Setakat ini, di Kelantan seramai 50 banduan bekerja dengan El Matta Sdn Bhd di Lojing, Gua Musang, Cherang Ruku dan Tok Bali, Pasir Puteh.

“Selainnya rock melon, ada banduan menanam cili dan mereka juga mempunyai pilihan untuk berdikari menerusi perlaksanaan pengusahaan tanaman milik sendiri melalui ilmu yang diperolehi daripada program ini,” katanya.

Jelas beliau, Banduan ODP yang terlibat antaranya sedang sedang menjalani hukuman seperti kesalahan mencuri, rompak, pecah rumah dan lain-lain.

“Kesalahan yang disenaraikan dalam Jadual Keempat Akta Penjara 1995 seperti merogol, liwat, hukuman mati dan sebagainya adalah tidak boleh diparol,” katanya.