Wanita Myanmar ditahan guna i-Kad palsu untuk ambil vaksin

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

MELAKA - Seorang wanita warga Myanmar ditahan selepas disyaki menggunakan kad akuan diri pekerja asing (i-Kad) palsu untuk mendapatkan suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

Perbuatan suspek berusia 27 tahun itu terbongkar selepas seorang pekerja warga asing warga Myanmar mendapati maklumat penerimaan vaksin dalam aplikasi MySejahtera miliknya yang dikemas kini, memaparkan dia telah menerima dos vaksin Covid-19 di sebuah klinik swasta di Cheng di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintendan E Sundra Rajan berkata, berikutan itu, majikan lelaki berusia 41 tahun berkenaan membuat laporan polis pada 9 Ogos lalu sebelum suspek berjaya ditahan di Banda Hilir pada 18 Ogos lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita tersebut menggunakan i-Kad palsu yang mengandungi maklumat mangsa untuk mendaftar dan menerima suntikan vaksin dos pertama Covid-19 itu.

"Suspek kemudian berjaya dikesan dan ditangkap polis untuk siasatan lanjut dan akan didakwa di Mahkamah Sesyen, Ayer Keroh pada Jumaat ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Jelas beliau, siasatan lanjut yang dijalankan juga mendapati klinik swasta tersebut telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pemberian suntikan vaksin Covid-19.

Artikel Berkaitan: