X

Kindly register in order to view this article
!

Lelaki lemas dalam tasik

Mangsa ditemui pihak bomba. - Foto Ihsan Bomba
A
A

KULIM - Seorang lelaki yang tidak diketahui identitinya ditemui lemas di Taman Tasik Kulim, petang tadi.

Penolong Penguasa Bomba, Ketua Balai Bomba Kulim, Hamizul Azwan Hamdan berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 2.15 petang dan tiba di lokasi enam minit kemudian.

Menurutnya, saksi memberitahu mangsa dilihat tenggelam dalam tasik sebelum pihak bomba tiba.

"Anggota dengan alat pengapungan peribadi melakukan carian di permukaan air dan berjaya menemui mangsa seorang lelaki berumur lebih kurang 30-an di lokasi kejadian .

"Operasi tamat sepenuhnya pada jam 3.48 petang," katanya.

Mangsa diserahkan kepada pihak polis dan disahkan mati oleh pihak hospital.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari.Langgan Sekarang!

Polisi Data Peribadi Karangkraf