Pemuda Amanah saran rombak Exco Perak

Pemuda Amanah Perak menyarankan Saarani merombak Exco Kerajaan Negeri.
Pemuda Amanah Perak menyarankan Saarani merombak Exco Kerajaan Negeri.
A
A
A

IPOH - Pemuda Amanah Perak menyarankan kepada Menteri Besar, Datuk Saarani Mohamad untuk melakukan rombakan terhadap anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco kerajaan negeri) yang gagal menunjukkan prestasi baik.

Ketua Pemuda Amanah Perak, Khairol Najib Hashim berkata, cadangan itu melibatkan rombakan portfolio Exco serta menggugurkan mereka.

"Pemuda Amanah menzahirkan perasaan tidak senang dengan kegagalan beberapa Exco yang tidak dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lalu.

"Kegagalan beberapa Exco ini memperlihatkan mereka tidak dapat memahami tugas yang dipikul seraya memahami masalah pokok yang sedang dihadapi oleh rakyat khususnya dalam suasana pandemik Covid-19," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak mendesak Exco Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin meletakkan jawatan.

Gesaan itu dibuat susulan kegagalan Exco kerajaan negeri itu menjawab persoalan mengenai pengurusan Covid-19 di Perak.

Pada masa sama, Mohd Akmal menafikan dakwaan bahawa beliau cuba mensabotaj Menteri Besar Perak, Datuk Saarani Mohamad dalam usaha menangani Covid-19.

Beliau mendakwa hubungannya bersama Saarani sangat akrab sebagai satu pasukan pentadbiran kerajaan negeri.

Artikel Berkaitan: