15 orang didakwa palsukan kad vaksinasi di New York

Seorang wanita memegang kad vaksinasi yang tulen di Atlanta. - Foto AP
Seorang wanita memegang kad vaksinasi yang tulen di Atlanta. - Foto AP
A
A
A

NEW YORK - Pihak pendakwa raya New York pada Selasa mendakwa 15 orang dalam kes memalsukan kad vaksinasi yang didalangi oleh seorang wanita dikenali sebagai 'AntiVaxMomma' di sebuah mahkamah di Manhattan, New York.

Wanita itu, Jasmine Clifford, 31, dari New Jersey dituduh menjual kira-kira 250 kad vaksinasi palsu melalui akaun Instagram miliknya, kata Pejabat Ketua Peguam Daerah Manhattan dalam satu kenyataan.

Clifford yang merupakan seorang usahawan perniagaan secara dalam talian dituduh mengenakan bayaran sebanyak AS$200 (RM829) untuk kad palsu itu, kata pihak pendakwa raya.

Wanita itu juga dituduh berkonspirasi dengan Nadayza Barkley, 27, kerana melakukan pemalsuan dengan mengemukakan sekurang-kurangnya 10 nama individu ke pangkalan data vaksinasi penduduk New York.

Dia dituduh mengenakan bayaran tambahan sebanyak AS$250 (RM1,036).

Barkley pula didakwa bersama 13 lagi individu membeli kad tersebut yang dipercayai kesemuanya ialah pekerja-pekerja yang dikategorikan dalam sektor penting termasuk di hospital dan rumah penjagaan.

Menurut Ketua Peguam Daerah Manhattan, Cyrus Vance, membuat, menjual dan membeli kad vaksinasi palsu adalah satu jenayah yang serius. - Agensi

Artikel Berkaitan: