X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Terpedaya tawaran kerja, eksekutif rugi lebih RM100,000

Seorang eksekutif sumber manusia kerugian lebih RM100,000 selepas terpedaya untuk mendapat kerja sambilan di salah satu platform e-dagang. (Gambar kecil: Aibee)
A
A

SEREMBAN - Harapan seorang eksekutif sumber manusia untuk mendapat kerja sambilan di platform e-dagang Lazada bukan saja musnah bahkan dia kerugian lebih RM100,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superitendan Aibee Abd Ghani berkata, mangsa seorang wanita berusia 27 tahun telah tertarik dengan iklan tawaran kerja berkenaan yang dilihatnya di Facebook pada Ahad.

"Mangsa telah menghubungi talian 017-7768 122 yang tertera untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, bagaimanapun mangsa diminta membayar dahulu barangan yang diiklankan untuk mendapat keuntungan 10 peratus daripada harga barangan tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Rabu.

Menurut beliau, dalam urusan itu mangsa telah berhubung dengan kaunter khidmat pelanggan di talian 016-6698 840, pengurus khidmat pelanggan 'Michell' di talian 014-7469 858 dan bahagian pengurusan kredit 'Mr Tan' ditalian 017-8591 521.

"Mangsa telah bersetuju untuk menerima tawaran kerja sebagai pembantu pemasaran.

"Selepas itu mangsa telah membuat transaksi pindahan wang daripada akaun banknya dan akaun bank bapanya sebanyak 25 kali ke empat nombor akaun bank yang dinyatakan dengan nilai keseluruhan berjumlah RM 111,906.17," katanya.

Mangsa jelas Aibee, telah membuat transaksi pindahan wang ke nombor akaun bank Bank Simpanan Nasional 101114110003018, CIMB 7075935389, CIMB 7046025040 dan Maybank 164481118173.

Bagaimanapun katanya, mangsa rasa tertipu selepas tidak mendapat apa-apa pulangan hasil daripada pekerjaan tersebut dan telah membuat laporan polis pada Selasa.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!