Saham Sime Darby meningkat susulan kerjasama bersama Porsche

No Image Caption
A
A
A

SAHAM-saham Sime Darby Bhd di Bursa Malaysia meningkat pada awal dagangan Rabu susulan pengumuman syarikat itu menjalin kerjasama dengan Porsche AG bagi mengendalikan kilang pemasangan pertama pengeluar kereta sport Jerman itu di luar Eropah.

Pada 9.49 pagi ini, kaunter saham Sime Darby naik 1.0 sen kepada RM2.37 dengan 2.79 juta sahamnya saling berpindah tangan.

Dalam kenyataan pada Isnin, Sime Darby berkata, kerjasama itu akan membolehkan syarikat itu memasang kereta sport berkenaan bagi pasaran Malaysia dengan pengeluarannya dijadual bermula pada 2022.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Jeffri Salim Davidson berkata, usaha pemasangan oleh syarikat itu akan tetap melalui standard dan proses terperinci sebagaimana dipraktikkan oleh pihak di Eropah. - Bernama

Artikel Berkaitan: