MB Selangor diminta perjelas isu nyahwarta HSKLU

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari diminta untuk memberikan penjelasan lanjut berhubung dakwaan kerajaan negeri telah melakukan penyahwartaan Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU), Mei lalu.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, satu pertemuan bersama pimpinan parti akan diadakan pada Rabu.

“Saya meneliti laporan dan aduan berkenaan tindakan kerajaan Selangor yang telah melakukan penyahwartaan HSKLU pada bulan Mei lalu.

“Saya juga turut mengambil maklum bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor telah menolak cadangan tersebut.

“Ingin ditegaskan keputusan yang dibuat ini masih belum dimaklumkan kepada pimpinan parti,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook milik beliau pada Selasa.

Pada Isnin, Exco Alam Sekitar dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian memaklumkan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor bersetuju menyahwartakan HSKLU bagi tujuan pembangunan.

Menurutnya, jumlah keluasan yang dipersetujui itu adalah sebanyak 5,36.7 hektar daripada rancangan asal iaitu seluas 930 hektar selepas mempertimbangkan bantahan awam.

Bagaimanapun, Anwar berkata, kepimpinan PKR sejak tahun lalu telah memaklumkan kepada Amirudin untuk membatalkan perkara tersebut.

Artikel Berkaitan: