Kemenangan Ziyad dibatalkan

Keputusan terkini acara lontar peluru F20 selepas kemenangan Ziyad di pentas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dibatalkan pada Selasa.
Keputusan terkini acara lontar peluru F20 selepas kemenangan Ziyad di pentas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dibatalkan pada Selasa.
A
A
A

HASRAT jaguh lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli untuk menghadiahkan pingat emas kedua kepada kontinjen negara di pentas Sukan Paralimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian apabila pingat emas dimenangi atlet tersebut dibatalkan selepas dibantah oleh kem Ukraine.

Ziyad sebelum itu yang berstatuskan juara bertahan di edisi Paralimpik Rio 2016 tampil aksi cukup bertenaga apabila memenangi pingat emas dalam acara lontar peluru F20.

Kem Ukraine difahamkan melakukan bantahan selepas tiga atlet, Ziyad; alet Australia, Todd Hodgetts dan atlet Ecuador didakwa lewat memasuki bilik panggilan sebelum acara bermula.

Keputusan tersebut menyaksikan Ukraine meraih pingat emas dan perak menerusi dua atletnya Maksym Koval dan Oleksandr Yarovyi yang masing-masing mencatat balingan 17.34 meter (m) dan 17.30m, manakala pingat gangsa menjadi milik Greece, Efstratios Nikolaidis (15.93m).

Sehingga kini, pihak pengurusan pasukan deligasi Paralimpik Malaysia sedang membuat bantahan semula terhadap penarikan kemenangan Muhammad Ziyad.

Sebelum penganjur membuat keputusan tersebut, Ziyad ditabalkan selaku pemenang emas selepas memahat rekod dunia yang baharu dengan catatan sejauh 17.94m pada lontaran ketiga.

Artikel Berkaitan:

Sebelum itu, Ziyad berjaya memecahkan rekod dunia miliknya sendiri apabila mencatatkan balingan sejauh 17.31m pada lontaran pertama.

Ziyad hadir ke bumi Tokyo sebagai antara prospek pingat emas kontinjen Malaysia selepas dia meraih pingat emas pada temasya Rio 2016.