Wei Lun cemerlang tempah tiket final

Wei Lun - Foto FB MSN
Wei Lun - Foto FB MSN
A
A
A

ATLET boccia negara, Chew Wei Lun berjaya menempah tiket ke pusingan akhir acara individu campuran BC1 (kecacatan fizikal) apabila menewaskan wakil daripada Portugal, Andre Ramos di peringkat separuh akhir pada Selasa.

Wei Lun memperagakan aksi cemerlang dengan kemenangan 9-5 ke atas atlet di ranking ke-18 dunia itu.

Sebelum itu, Wei Lun terlebih dahulu menewaskan atlet China, Qi Zhang di peringkat suku akhir untuk mara ke separuh akhir dengan kemenangan 4-2.

Dia yang membuat penampilan pertama pada temasya Paralimpik kali ini dijadualkan berdepan atlet di ranking nombor satu dunia daripada Great Britain, David Smith di perlawanan akhir pada Rabu.

Artikel Berkaitan: