Sampai lif guna kad akses!

Premis di tingkat tiga ini digempur polis menerusi Ops Dadu.
Premis di tingkat tiga ini digempur polis menerusi Ops Dadu.
A
A
A
PETALING JAYA - Bukan sahaja diawasi kamera litar tertutup (CCTV) dan kawalan pengawal keselamatan, malah memerlukan kad akses untuk menaiki lif ke premis.

Taktik sindiket perjudian online yang kononnya dapat berselindung di sebalik kawalan ketat itu bagaimanapun dibongkar polis menerusi Ops Dadu, di Ara Damansara, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Penolong Pengarah Pasukan Tindakan Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG) Bukit Aman, Datuk Nadzri Hussain berkata, operasi kira-kira jam 1 pagi itu menggempur sebuah bangunan 10 tingkat.

Menurutnya, hasil maklumat, sindiket menjadikan tingkat tiga bangunan terbabit sebagai pusat mengendalikan pertaruhan dan iklan judi online.

"Ops Dadu ini berjaya memberkas seramai lapan lelaki tempatan berusia lingkungan 20 hingga 41 tahun.

"Pelbagai barang yang dipercayai diguna sindiket untuk menjalankan pertaruhan telah dirampas antaranya telefon bimbit (23 unit), komputer (3 unit), komputer riba (5 unit), kertas catitan perniagaan (22 helai) dan wang tunai RM8,210," katanya.

No Image Caption

Beliau berkata, sindiket yang aktif menggunakan laman web ini juga dikesan menggunakan sistem kawalan sekuriti pejabat dengan pintu besi bermagnet.

Katanya, kesemua suspek ini dipercayai berperanan untuk mengurus serta memantau judi online dengan menggunakan komputer.

Artikel Berkaitan:

"Dipercayai premis ini telah beroperasi sejak dua tahun lalu. Semua transaksi menggunakan aplikasi Telegram.

"Siasatan masih dijalankan dan kesemua tangkapan ini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk tindakan lanjut. Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka," katanya.