Pusat kecantikan tawar khidmat saringan Covid-19 diarah tutup

Pegawai CKAPS menyita barangan di pusat kecantikan yang menjalankan saringan Covid-19 secara haram.
Pegawai CKAPS menyita barangan di pusat kecantikan yang menjalankan saringan Covid-19 secara haram.
A
A
A

GEORGETOWN - Sebuah pusat kecantikan di Batu Uban di sini diarah tutup selepas dikesan menjalankan perkhidmatan ujian saringan Covid-19 secara haram.

Serbuan dilakukan Unit Kawalan Amalan Perubatan Swasta (CKAPS) Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBSP) kira-kira jam 11 pagi Isnin selepas menerima maklumat dan aduan awam.

Ketua Penolong Pengarah Kesihatan CKAPS Pulau Pinang, Dr Mohamed Iqbal Hamzah berkata, siasatan yang dijalankan mendapati pemilik pusat kecantikan itu menyediakan perkhidmatan saringan Covid-19 tanpa pengendalian pegawai bertauliah.

Menurutnya, premis itu dipercayai menjalankan perkhidmatan berkenaan sejak dua hari lalu membabitkan lebih 100 pelanggan.

Barangan yang disita dari sebuah pusat kecantikan di Batu Uban yang didapati menjalankan perkhidmatan ujian saringan Covid-19 secara haram.
Barangan yang disita dari sebuah pusat kecantikan di Batu Uban yang didapati menjalankan perkhidmatan ujian saringan Covid-19 secara haram.

“Semasa serbuan kita dapati pekerja pusat kecantikan itu sendiri melakukan ujian saringan kepada pelanggan tanpa kehadiran doktor atau jururawat.

“Kita tidak menolak kemungkinan harga RM50 yang ditetapkan bagi setiap ujian saringan Covid-19 menjadi punca premisnya dikunjungi ramai pelanggan,” katanya ketika ditemui di lokasi serbuan di sini pada Isnin.

Dr Iqbal berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan bagaimana pusat kecantikan berkenaan dibenarkan mengendalikan ujian saringan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

“Sehubungan itu, saya nasihatkan orang ramai berhati-hati ketika mendapatkan perkhidmatan ujian saringan Covid-19 lebih murah berbanding harga klinik ekoran bimbang pihak tidak bertanggungjawab cuba memanipulasikan perkhidmatan terbabit,” katanya.