Dua lelaki direman bantu siasatan libat rampasan dadah

Dadah serta barangan lain yang dirampas di sebuah pondok berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Division, Sungai Petani petang Khamis. Gambar kecil: Mohd Taufik
Dadah serta barangan lain yang dirampas di sebuah pondok berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Division, Sungai Petani petang Khamis. Gambar kecil: Mohd Taufik
A
A
A

ALOR SETAR - Dua lelaki ditahan reman bagi membantu siasatan berkaitan rampasan dadah bernilai RM14,000 di sebuah pondok berhampiran ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Division, Sungai Petani petang Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Taufik Maidin berkata, lelaki warga tempatan berumur 25 dan 23 tahun itu direman selama enam hari sehingga 1 September depan.

Menurutnya, ketika serbuan oleh sepasukan polis dari Unit D7 Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman di pondok pada 2.30 menemui 439 bungkusan kecil plastik lut sinar mengandungi dadah jenis heroin dengan anggaran 2,058.50 gram.

"Polis juga menemui peralatan untuk membungkus dadah serta dua bilah pedang,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Susulan itu katanya, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda telah menyita barangan milik suspek iaitu seutas rantai bernilai RM5,000.

“Hasil ujian saringan air kencing terhadap suspek pertama adalah negatif dadah namun suspek kedua didapati positif dadah jenis tetrahydrocannabinol (THC).

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Menurut Mohd Taufik, kejayaan ini adalah hasil usaha JSJN Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan aktiviti pengedaran dadah dapat ditumpaskan.

Artikel Berkaitan:

“Polis juga memerlukan kerjasama masyarakat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan aktiviti dadah yang berlaku di persekitaran mereka,” katanya.