X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

Laksanakan pemilihan semula untuk elak berlaku lompat parti: Najib

Najib
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan perlu melaksanakan pemilihan semula (recall election) bagi menyelesaikan tindakan ahli politik yang melakukan lompat parti.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, ahli politik yang mahu menukar atau dipecat daripada parti, akan hilang kelayakan sebagai ahli Parlimen dan perlu dilaksanakan pilihan raya kecil bagi kawasan tersebut.

“Cara tersebut lebih adil kepada parti asal dan bagi pengundi,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Isnin.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, pelaksanaan akta anti lompat parti dan tindakan mengharamkan ahli Parlimen ke parti lain setelah menang Pilihan Raya Umum bukan cara penyelesaian.

“Ia lebih parah sekiranya ada ahli Parlimen yang lebih gemar dengan parti lain tetapi terpaksa berada dalam parti sebab mereka tidak dibenarkan untuk melompat di bawah undang-undang.

“Lagi banyak masalah yang akan dicetuskan kepada parti asal mereka,” ujarnya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!