Bekas TYT Sabah meninggal dunia akibat Covid-19

Sakaran Dandai dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles selepas subuh Isnin.
Sakaran Dandai dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles selepas subuh Isnin.
A
A
A

KOTA KINABALU - Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gleneagles selepas subuh Isnin.

Perkara itu disahkan oleh ahli keluarga terdekat kepada Sinar Harian selepas menerima makluman daripada pihak hospital jam 6 pagi.

Difahamkan, jenazah Tun Sakaran akan disempurnakan di Masjid Negeri dan akan dikebumikan di Makam Pahlawan.

Sinar Harian pada Rabu lalu melaporkan, anaknya ketiga Allahyarham, Datuk Seri Nasir memaklumkan ayahandanya sedang menjalani rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Gleneagles akibat Covid-19.

ARTIKEL BERKAITAN: Bekas TYT Sabah dirawat di ICU kerana Covid-19

Nasir berkata, Tun Sakaran dalam keadaan stabil namun dimasukkan ke ICU selepas pihak hospital mengatakan keadaaannya perlu dipantau rapi.

Sakaran yang berusia 91 tahun menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah kelapan dari 1995 hingga 2002 dan Ketua Menteri Sabah pada Mac 1994 hingga Disember 1994.

Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Semporna pada 1986 hingga 1995 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang mewakili USNO dan kemudian UMNO sebelum bersara daripada politik apabila dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah.

Artikel Berkaitan: