Polis laksana Ops Patuh pantau aktiviti 31 Ogos

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis akan mengadakan Ops Pematuhan prosedur operasi standard (SOP) di sekitar Dang Wangi bagi memantau aktiviti yang diadakan pada sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, penguatkuasaan pematuhan akan dijalankan dalam usaha memerangi wabak Covid-19.

"Umum mengetahui bahawa Kuala Lumpur masih di bawah Pelan Pemulihan Negara Fasa 1. Justeru kami ingin menasihatkan orang ramai agar terus mematuhi SOP yang ditetapkan.

"Penguatkuasaan SOP menerusi Ops Patuh di sekitar daerah ini akan dijalankan bagi memantau apa sahaja aktiviti yang menyebabkan orang ramai hadir di suatu tempat sehingga menyukarkan penjarakan fizikal dan pematuhan kepada arahan Ketua Pengarah Kesihatan," katanya menerusi kenytaaan pada Ahad.

Beliau berkata, kegagalan mematuhi SOP akan mengakibatkan tindakan tegas dikenakan di bawah peruntukan undang-undang dan peraturan yang berkuat kuasa.

Artikel Berkaitan: