'Chelsea bertahan dengan sembilan pemain'

Klopp
Klopp
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp tidak kecewa walaupun hanya mampu seri 1-1 dengan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield pada awal pagi Ahad.

Menurutnya, Liverpool berdepan kesukaran untuk menembusi gawang Chelsea walaupun pasukan lawan beraksi dengan 10 pemain selepas pertahanan, Reece James menahan bola dengan tangan dan dibuang padang pada penghujung separuh masa pertama.

"Selepas kehilangan seorang pemain, Chelsea menukar corak permainan mereka. Mereka boleh sahaja membuat perubahan meletakkan kembali empat pertahanan, empat pemain tengah dan Lukaku di serangan.

"Tetapi, mereka membuat keputusan untuk bermain dengan lima dan tiga pemain di kawasan mereka dan hanya Lukaku akan bertindak untuk melakukan serangan balas. Itu sebabnya saya katakan bahawa kami tidak ada kelebihan bermain menentang 10 pemain.

"Dalam kawasan untuk kami menjaringkan gol, mereka ada lapan pemain dan seorang penjaga gol. Ia tidak mudah untuk kami menjaringkan gol," katanya.

Dalam perlawanan itu, Chelsea terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi tandukan Kai Havertz pada minit ke-22 sebelum Mohamed Salah menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti selepas James menahan bola dengan tangan dan dibuang padang pada penghujung perlawanan separuh masa pertama.

Bagaimanapun, Klopp tetap berpuas hati dengan persembahan para pemainnya dan menyifatkan perlawanan tersebut sengit dan menghiburkan walaupun hasil akhir tidak terlalu mengembirakannya.

"Cara kami menekan di babak pertama sangat luar biasa. Chelsea begitu berbahaya dalam pelbagai situasi dan dengan cara itulah mereka mencetak gol. Saya rasa semua setuju bahawa kami seharusnya boleh bertahan lebih baik.

Artikel Berkaitan:

"Sangat puas untuk melihat perlawanan ini kecuali hasil akhirnya. Saya melihat dua pasukan yang sangat bagus beraksi namun kami agak sukar menembusi mereka kerana perlu menghadapi sembilan pemain yang bertahan.

"Kami cuma mendapat satu mata dan ia perlu diterima dan kami akan berada pada tahap yang lebih baik pada perlawanan akan datang," katanya.