X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 21 Mei 2022

Kelantan lulus lebih RM1.3 juta bangun sektor usahawan muda tani

Kerajaan negeri Kelantan meluluskan peruntukan lebih RM1.3 juta untuk membangunkan sektor pertanian, khusus bagi melahirkan usahawan tani dalam kalangan anak muda, tahun ini.- Gambar hiasan
A
A

PASIR PUTEH - Kerajaan negeri Kelantan meluluskan peruntukan lebih RM1.3 juta untuk membangunkan sektor pertanian, khusus bagi melahirkan usahawan tani dalam kalangan anak muda, tahun ini.

Pengerusi Jawatakuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail berkata, seramai 50 peserta dipilih sebagai projek permulaan, sebelum dikembangkan secara lebih meluas.

“Projek itu membabitkan 45 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya ketika ditemui selepas kempen Semarak Jalur Gemilang peringkat DUN Selising, di sini pada Ahad.

Beliau yang juga ADUN Selising berkata, kerajaan negeri akan membantu mereka dengan menyalurkan peruntukan lebih RM20,000 kepada setiap peserta yang terpilih, untuk mengusahakan tanaman jangka pendek menerusi sistem fertigasi.

“Mereka sudah dilatih dengan menggunakan kaedah pertanian moden dan mengadakan ladang kontrak dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), bagi menjamin pemasaran,” katanya.

Mengenai pelantikan Ahli Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Mohamad Zawawi Salleh sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Tuan Mohd Saripudin berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan beliau untuk melaksanakan projek-projek berasaskan pertanian berskala besar di Kelantan.

Beliau berkata, Nik Mohamad Zawawi mempunyai pengalaman luas dalam sektor pertanian kerana pernah memegang jawatan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), dan mampu membantu Kelantan untuk muncul sebagai negeri pengeluar terbesar industri makanan negara.

Katanya, ini termasuk memajukan agropelancongan yang berpotensi di Kelantan, seperti Jeram Mengaji Bukit Merbau, Selising serta Danau Tok Uban, Pasir Mas dan kawasan Lojing, di Gua Musang. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!