LHDN sumbang 4,555 bakul makanan dalam tempoh pandemik

Kamarudin (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang wakil penduduk untuk diagihkan kepada penduduk terkesan Covid-19 di sekitar Klang.
Kamarudin (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada salah seorang wakil penduduk untuk diagihkan kepada penduduk terkesan Covid-19 di sekitar Klang.
A
A
A

SHAH ALAM - Sejumlah 4,555 bakul makanan telah disumbangkan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di bawah Program CSR Hasil Prihatin sepanjang tempoh pandemik Covid-19.

LHDN dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 500 bakul makanan diedarkan kepada penduduk Bangsar Baru, Kuala Lumpur serta penduduk di daerah Klang, Kuala Selangor dan Kuala Langat.

Katanya, ia meliputi sebanyak 200 bakul makanan kepada penduduk Bangsar Baru dan 300 bakul makanan bagi daerah-daerah lain.

"Di Bangsar Baru, penyerahan bakul makanan berlangsung di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq, Jalan Ara oleh Pengarah Negeri LHDN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohamad Zain Mohamad Said kepada wakil penduduk untuk diagihkan penerima yang telah dikenal pasti terkesan dengan penularan Covid-19.

"Pengarah Negeri LHDN Selangor, Kamarudin Hashim pula menemui wakil-wakil penduduk kawasan daerah Klang, Kuala Selangor dan Kuala Langat dalam program penyerahan bakul-bakul makanan yang diadakan di ruang lobi First Tower Klang, " menurut kenyataan itu pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, LHDN meneruskan pelaksanaan inisiatif itu bagi memastikan kebajikan rakyat Malaysia yang terkesan dengan penularan pandemik tetap terjaga.

Beliau berkata, program itu juga akan diteruskan secara berperingkat di setiap negeri dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan: