#QuranHour berpotensi diperluas ke peringkat antarabangsa

Acara tahunan Malaysia #QuranHour ke-7 yang bertemakan Formula Malaysia Berbudi dan Penyayang akan berlangsung selama sejam pada 30 Ogos ini, bermula dari pukul 12 hingga 1 tengah hari dan ia disiarkan secara langsung di saluran TV AlHijrah.
Acara tahunan Malaysia #QuranHour ke-7 yang bertemakan Formula Malaysia Berbudi dan Penyayang akan berlangsung selama sejam pada 30 Ogos ini, bermula dari pukul 12 hingga 1 tengah hari dan ia disiarkan secara langsung di saluran TV AlHijrah.
A
A
A

SHAH ALAM - Program #QuranHour berpotensi untuk disebarluaskan di peringkat antarabangsa melalui rangkaian rakan media luar negara yang dimiliki oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bernama, Datuk Mokhtar Hussain berkata, sebagai rakan sinergi #QuranHour, akan membantu meluaskan liputan program tersebut khususnya kepada negara Islam yang lain.

Mokhtar
Mokhtar

Menurutnya, antara agensi berita negara Islam yang mempunyai kerjasama dengan Bernama ialah agensi dari Indonesia, Arab Saudi, Pakistan, Qatar, Bahrain, Azerbaijan dan Turki.

“Jadi mungkin kita boleh bincangkan untuk masa akan datang bagaimana untuk kita perluaskan liputan mengenai #QuranHour di negara itu melalui rangkaian Bernama.

“Untuk berita mengenai program Malaysia #QuranHour tahun ini insya-ALLAH mungkin rakan kami antaranya dari Indonesia akan menyebarkan di akhbar-akhbar mereka.

“Saya juga percaya perkongsian bersama dengan negara Arab juga akan lebih mudah kerana Bernama mempunyai meja berita berbahasa Arab,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Mengulas mengenai Malaysia #QuranHour yang bakal berlangsung pada 30 Ogos ini sempena sambutan Hari Kebangsaan 2021, Mokhtar yakin program berkenaan dapat memberikan panduan kepada generasi baharu bagi mengisi kemerdekaan yang dicapai oleh negara.

Artikel Berkaitan:

Katanya, umat Islam amat bertuah kerana dibekalkan dengan panduan al-Quran dan sunnah sebagai rujukan bagi menyelesaikan masalah.

Acara tahunan Malaysia #QuranHour ke-7 yang bertemakan Formula Malaysia Berbudi dan Penyayang akan berlangsung selama sejam pada 30 Ogos ini, bermula dari pukul 12 hingga 1 tengah hari dan disiarkan secara langsung di saluran TV Alhijrah.

Program anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF) dengan naungan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu mendapat kerjasama rakan sinergi termasuk TV Alhijrah, RTM, Bernama, Astro Oasis, Astro Awani, Utusan TV, Sinar TV dan Sinar Harian.

Selain itu, rakan sinergi yang lain ialah Nu Ideativ, IKIMfm, News Straits Times Press (NSTP), Zayan FM, Denaihati.com, Pusat Pelancongan Islam (ITC), Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam SeMalaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Rumah Ngaji dan Sahabah Al-Quran.