Akta lompat parti kawal krisis pertukaran kerajaan

Penggubalan undang-undang lompat parti diacadangkan dilakukan di Dewan Rakyat sebagai solusi bagi mengawal krisis pertukaran kerajaan tanpa membabitkan pindaan ke atas Perkara 10(1) (c) Perlembagaan Persekutuan mengenai hak berpersatuan. Gambar hiasan
Penggubalan undang-undang lompat parti diacadangkan dilakukan di Dewan Rakyat sebagai solusi bagi mengawal krisis pertukaran kerajaan tanpa membabitkan pindaan ke atas Perkara 10(1) (c) Perlembagaan Persekutuan mengenai hak berpersatuan. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Pada tahun ini, suhu politik negara yang menjadi hangat baru-baru ini dan rakyat menyaksikan negara bertukar Perdana Menteri serta tampuk kepimpinan buat kali kedua.

Pada 16 Ogos, Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen.

Jawatan itu kemudiannya disandang oleh Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekali gus menjadikan beliau sebagai Perdana Menteri kesembilan.

Pada Sabtu, Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan itu menerusi Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Mengangkat serta Menandatangani Sumpah Jawatan yang berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara.

Sudah tentu rakyat harap pelantikan tersebut bukan sahaja dapat menghentikan kemelut politik sebelum ini tetapi kembali fokus kepada agenda membela kepentingan rakyat.

Bagaimanapun, terdapat pandangan yang mengatakan bahawa perebutan kuasa kepimpinan masih belum berakhir.

Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) Nasional, Senator Aiman Athirah Al Jundi dalam kenyataannya pada Isnin lalu berkata, tidak mustahil negara mungkin akan menyaksikan pertukaran Perdana Menteri buat kali ketiga.

Menurutnya, ia kerana pihak yang gagal menerima keputusan mandat rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) itu masih terus galak memainkan agenda politik mereka.

Artikel Berkaitan:

Meskipun parti kerajaan dan pembangkang mengadakan pertemuan pada Rabu bagi menjalinkan kerjasama rentas parti atau bipartisan namun ia tidak memberi sebarang jaminan kerana kepercayaan rakyat terhadap politik negara sudah terjejas.

Susulan itu, timbul beberapa pandangan yang mencadangkan penggubalan undang-undang lompat parti dilakukan di Dewan Rakyat sebagai solusi bagi mengawal krisis pertukaran kerajaan tanpa membabitkan pindaan ke atas Perkara 10(1) (c) Perlembagaan Persekutuan mengenai hak berpersatuan.

Antaranya Pensyarah Undang-Undang dan Perlembagaan Malaysia Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar.

Khairil Azmin berkata, penggubalan akta tersebut wajar dilaksanakan kerana hanya Parlimen mempunyai hak untuk menyekat hak berpersatuan sama ada menubuhkan, menyertai mahupun meninggalkan persatuan atau parti.

Jelasnya, ia hanya dibenarkan jika dibuat demi keselamatan, ketenteraman awam atau prinsip moral.

Selain itu, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil turut menyokong saranan berkenaan bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap sistem Demokrasi Berparlimen.

Fahmi berkata, apabila persepsi tersebut muncul, maka ia menyemaikan rasa tidak hormat kepada kerajaan dan Parlimen yang dikhuatiri akan memberi kesan terhadap pentadbiran negara.

Selain itu, Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh juga mempunyai pandangan yang sama seperti Fahmi.

Hannah berkata, akta tersebut sangat penting bagi meyakinkan pengundi untuk keluar mengundi pada pilihan raya umum yang akan datang.

Melalui pandangan yang disuarakan itu menunjukkan bahawa pelaksanaan akta lompat parti bukan demi kepentingan politik semata-mata tetapi untuk menjaga kepercayaan rakyat terhadap sistem politik dalam negara.

Dalam pada itu, mekanisme pelaksanaan akta tersebut perlu diperincikan bagi memastikan fungsinya dapat berjalan dengan sempurna.