MTSP sokong usaha Kerajaan Negeri Pahang

 Fadzli Mohd Kamal
Fadzli Mohd Kamal
A
A
A

KUANTAN - Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) menyokong penuh cadangan kerajaan negeri Pahang untuk menubuhkan Perbadanan Taman Negeri Pahang dan Majlis Biodiversiti Pahang.

Setiausaha Agung MTSP, Fadzli Mohd Kamal memberitahu, penubuhan kedua-dua institusi tersebut dilihat berupaya membantu kerajaan negeri untuk memelihara khazanah hutan, kelestarian alam serta kepelbagaian flora dan fauna di negeri itu.

"Penubuhan dua institusi ini juga boleh mempromosi keunikan alam sekitar, sumber, serta biodiversiti yang terdapat di Pahang sekali gus menghasilkan impak ekonomi kepada penduduk dan negeri ini," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurutnya, MTSP berharap kewujudan kedua-dua institusi berkenaan dapat dijadikan platform penting untuk memberi nasihat kepada kerajaan negeri dalam soal pemeliharaan, penyelidikan dan penggunaan berterusan sumber-sumber biologi dan biodiversiti di Pahang.

"MTSP berpendapat bahawa penubuhan kedua-dua institusi ini adalah tepat pada masanya terutama ketika Pahang berhadapan pelbagai cabaran," katanya lagi.

Sebelum ini, pada 25 Ogos lalu Exco Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar, Perladangan dan Komoditi negeri, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin membentangkan Rang Undang Undang (RUU) Enakmen Perbadanan Taman Negeri Pahang 2021 dan RUU Majlis Biodiversiti Negeri Pahang dalam Mesyuarat Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-14.

Dua RRU itu mendapat sokongan 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan sembilan tidak bersetuju.

Artikel Berkaitan: