Covid-19: Kes positif seluruh dunia lebih 214 juta, korban 4.47 juta

 Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 130,000 kes korban
Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 130,000 kes korban
A
A
A

JUMLAH kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini melepasi angka 214 juta.

Ini berikutan lebih 700,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 38 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 32.5 juta kes dan Brazil dengan lebih 20.6 juta kes.

Manakala negara yang melebihi angka 6 juta kes ialah Perancis, Rusia, United Kingdom dan Turki.

Argentina melebihi 5 juta manakala Colombia dan Sepanyol pula mencatat kes melebihi 4 juta.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes Covid-19 dengan melebihi 4 juta kes.

Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.8 juta.

Artikel Berkaitan:

Malaysia 1.64 juta kes, manakala Singapura merekodkan lebih 66,000 kes.

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.47 juta.

Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 633,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan lebih 576,000 kes, India lebih 436,000 kes, Mexico lebih 255,000 kes.

Sementara United Kingdom kini mencatat lebih 132,000 kematian.

Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 92,000 kes ialah Jerman sementara Sepanyol melebihi 83,000 kes.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 130,000 kes korban.

Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 32,000 diikuti Malaysia, manakala Thailand dengan lebih 10,000 angka korban. - Awani