Kadar jangka pendek ditutup stabil

Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Khamis berikutan operasi BNM yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Khamis berikutan operasi BNM yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
A
A
A

KADAR antara bank jangka pendek ditutup stabil pada Khamis berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM33.4 bilion daripada RM40.3 bilion pagi Khamis, manakala dalam sistem Islam ia jatuh kepada RM18.3 bilion daripada RM22.3 bilion.

BNM sebelum itu menawarkan satu tender lelongan julat tempoh matang, satu tender Qard lelongan julat tempoh matang Islam (iRMA), satu tender repo dan satu tender repo berbalik.

Pada 4 petang, bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional bernilai RM33.4 bilion dan tender pasaran wang Murabahah bernilai RM17.7 bilion, kedua-duanya bagi wang satu hari.

Purata kadar faedah semalaman Islam berada pada 1.72 peratus, sementara kadar seminggu, dua minggu dan tiga minggu masing-masing berada pada 1.77 peratus, 1.81 peratus, dan 1.85 peratus. - Bernama

Artikel Berkaitan: