Keadaan Lajim stabil tapi belum sedar

Lajim Ukin
Lajim Ukin
A
A
A

KOTA KINABALU - Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Lajim Ukin yang ditidurkan akibat dijangkiti wabak Covid-19 pada Selasa lalu kini dalam berada dalam keadaan stabil.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Bersatu Bahagian Beaufort, Datuk Isnin Aliasnih ketika dihubungi Sinar Harian berhubung satu mesej yang tular mengenai perkembangan terkini Lajim yang menerima rawatan di Hospital Pakar KPJ Sabah.

"Ya. Apa yang ada dalam dalam WhatsApp itu betul (mesej yang tular). Tetapi dia (Lajim) belum sedar, cuma dia dalam keadaan stabil sejak semalam (Rabu)," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Lajim ditidurkan selepas dijangkiti Covid-19

Isnin berkata, beliau turut menerima maklumat daripada ahli keluarga terdekat berhubung perkembangan terkini kesihatan Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) itu.

Sebelum itu, satu mesej tular mengatakan keadaan bekas ahli Parlimen Beaufort itu sudah stabil dengan bantuan pernafasan selain tekanan darah dan oksigen beliau berada dalam keadaan normal.

Mesej itu turut meminta supaya bersama-sama meneruskan doa untuk kesembuhan beliau.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan Lajim yang berusia 66 tahun ditidurkan selepas keadaan kesihatannya mulai merosot akibat dijangkiti Covid-19.

Artikel Berkaitan: