Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Sarawak dan Sabah hingga 4 petang ini.

MetMalaysia memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda Kelantan (Kuala Krai) dan Terengganu melibatkan Besut, Dungun, Hulu Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Mukah (Daro, Tanjung Manis dan Matu), Sarikei (Sarikei dan Maradong) serta Sibu (Sibu dan Selangau).

Sementara itu di Sabah, amaran berkenaan melibatkan Pantai Barat (Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Kota Belud dan Tuaran), Pedalaman (Membakut), Kudat, Sandakan (Paitan) dan Tawau. - Bernama 

 

 

 

 

 

TAG: MetMalaysia, ribut petir, hujan lebat, angin kencang

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!