Pemergian Aming dapat perhatian PM

Ismail Sabri mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Aming atau nama sebenarnya, Muhammad Aming Salleh Abdullah menerusi hantaran di laman Facebooknya. - Foto FB Ismail Sabri Yaakob
Ismail Sabri mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Aming atau nama sebenarnya, Muhammad Aming Salleh Abdullah menerusi hantaran di laman Facebooknya. - Foto FB Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

PUTRAJAYA - Pemergian kanak-kanak cilik yang petah berkata-kata dikenali sebagai Aming pada awal pagi Khamis akibat sesak nafas mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, Ismail Sabri mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Aming atau nama sebenarnya, Muhammad Aming Salleh Abdullah.

"Al-Fatihah. Mendapat perkhabaran sedih tentang pemergian Allahyarham adik Muhammad Aming yang dilaporkan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

"Saya pernah membuat hantaran di media sosial berkenaan pesanan yang baik-baik yang disampaikan oleh Allahyarham Adik Aming pada 23 Januari lalu," katanya.

Menurut beliau, Aming merupakan seorang kanak-kanak yang baik dan bijaksana.

"Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham adik Aming yang kita sayangi.

"Takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham adik Aming. Semoga tabah menghadapi ujian ini," katanya.

Sinar Harian pada 3 Februari lalu pernah melaporkan kisah Allahyarham apabila video-video yang dirakamnya banyak berunsur nasihat termasuk situasi terkini berkaitan pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan:

Salah satu videonya turut mendapat perhatian daripada Ismail Sabri ketika beliau menjadi Menteri Kanan (Keselamatan) sebelum ini.

Video berunsur nasihat supaya orang ramai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) memakai pelitup muka dimuat naik melalui Facebook miliknya pada 27 Oktober tahun lalu telah diulang siar dan tular di media sosial.