Dua individu dituduh kes pemerdagangan manusia

court 2
court 2
A
A
A

KUALA PILAH - Seorang lelaki dan wanita akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Pilah atas pertuduhan pemerdagangan manusia pada Selasa.

Bagaimanapun, pendakwaan kes tersebut tidak melibatkan seorang pelawak yang sebelum ini ditahan di sebuah hotel, di sini pada 1 Ogos lepas bagi membantu siasatan kes.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

"Kes tersebut akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Pilah jam 9 pagi esok.

"Sementara itu, pelawak berkenaan hanya ditahan bagi membantu siasatan dan akan menjadi saksi bagi kes tersebut," katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang pelawak ditahan polis di sebuah hotel di Kuala Pilah bagi membantu siasatan kes pemerdagangan manusia.

Lelaki berusia 40-an itu ditahan dalam serbuan Ops Pintas dilakukan jam 10 pagi oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah selepas hasil maklumat dan risikan.

Polis telah berjaya menyelamatkan seorang wanita berketurunan Melanau daripada menjadi mangsa pemerdagangan bagi tujuan eksploitasi seks.

Artikel Berkaitan: