90 peratus guru di Terengganu divaksin

Salim
Salim
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Lebih 90 peratus daripada 21,921 guru di Terengganu telah selesai mendapatkan suntikan dos pertama vaksin Covid-19.

Pengarah Pendidikan negeri, Salim Ab. Ghani berkata, perkembangan itu menunjukkan perubahan positif selain menunjukkkan komitmen para guru untuk berdepan sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara bersemuka.

Beliau berkata, kesemua guru Tingkatan Lima dan Enam di negeri ini termasuk kakitangan sokongan akan selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 sebelum sesi persekolahan bersemuka bermula Oktober depan.

"Hampir kesemua guru memberikan komitmen terhadap Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

"Bagaimanapun, tidak dinafikan terdapat juga dalam kalangan guru yang menolak untuk divaksin, namun jumlahnya kecil.

“Kita akan mengenal pasti kelompok berkenaan adakah kemungkinan mereka bertindak demikian kerana mempunyai masalah kesihatan,” katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu terdapat seramai 10,175 daripada 21,921 guru mengajar di sekolah menengah manakala 11,746 orang pula sekolah rendah di negeri ini.

Artikel Berkaitan: