Kuala Terengganu, Kuala Nerus kembali alami gangguan bekalan air

Bekalan air disalurkan kepada penduduk terjejas di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu ketika krisis air melanda penduduk di lawasan berkenaan pada 2 Ogos lalu.
Bekalan air disalurkan kepada penduduk terjejas di daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu ketika krisis air melanda penduduk di lawasan berkenaan pada 2 Ogos lalu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Penduduk di daerah Kuala Nerus dan sebahagian di Kuala Terengganu kembali mengalami gangguan bekalan air pada Isnin selepas kerja-kerja membaiki kerosakan paip di dasar sungai selesai 10 hari lalu.

Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (Satu) berkata, pihaknya mengesan berlaku tekanan air rendah di jajaran paip ke Tangki Utama Berangan menyebabkan ia berada pada paras tidak normal awal pagi Isnin.

"Situasi yang berlaku menunjukkan berlaku operasi tidak stabil melibatkan paip di dasar Sungai Terengganu.

"Pasukan teknikal Satu kini giat mengenal pasti punca kejadian di dasar sungai bagi mengetahui keadaan sebenar di jajaran paip. Sebarang penemuan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sehubungan itu, katanya, penduduk di kawasan terlibat iaitu di Kuala Nerus dan sebahagian di Kuala Terengganu diminta bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Pihak Satu juga akan menggerakkan bantuan bekalan air melalui lori tangki mulai hari ini mengikut penjadualan lori tangki sebelum ini.

"Selain itu, tangki-tangki statik akan mula ditempatkan di kawasan-kawasan terlibat," katanya.

Dalam pada itu, katanya, pengurusan Satu turut memohon maaf atas sebarang kesulitan dialami pengguna.

Artikel Berkaitan:

Seramai 28,700 pengguna di sekitar daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu sebelum ini mengalami gangguan bekalan air selama 12 hari bermula 2 Ogos lalu ekoran paip pam bersaiz 1,200 milimeter pecah di dasar Sungai Terengganu.

ARTIKEL BERKAITAN:Krisis air di Kuala Terengganu, Kuala Nerus pulih sepenuhnya esok