X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Kereta terbang nyaris masuk dalam restoran

Sebuah kereta (kiri) yang terbang mengenai sebuah lagi kenderaan. Gambar kanan pula menunjukkan kereta yang terbang itu jatuh di depan sebuah restoran di South Brunswick baru-baru ini. - Foto Polis South Brunswick
A
A

SOUTH BRUNSWICK - Satu rakaman video menunjukkan detik-detik sebuah kereta yang gagal dikawal oleh pemandunya terbang dan jatuh betul-betul di depan sebuah restoran di South Brunswick, New Jersey baru-baru ini.

Dalam kejadian itu hanya dua orang yang menjadi mangsa tetapi mereka tidak mengalami kecederaan yang serius.

Menurut Ketua Polis South Brunswick, Raymond Hayducka, tiada mangsa yang parah atau terbunuh dalam kejadian itu.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 1 petang apabila sebuah kereta melanggar tembok menyebabkan ia 'terbang' ke udara sebelum terjatuh di kawasan parkir dan mengenai sebuah lagi kenderaan lain di luar premis restoran tersebut.

Polis kemudian berkongsi rakaman video itu di laman Twitter.

Beberapa pegawai menyatakan kemalangan itu menyebabkan tingkap-tingkap di restoran tersebut pecah tetapi tidak ada individu di dalam restoran berkenaan mengalami kecederaan.

Punca kejadian masih lagi disiasat oleh pihak polis. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!