Teichmann tidak sabar berdepan Barty

Teichmann.- Foto: AP
Teichmann.- Foto: AP
A
A
A

PEMAIN ranking ke-76 dunia, Jil Teichmann menegaskan dia sudah tidak sabar untuk berdepan pemain nombor satu dunia, Ashlegih Barty pada aksi final Kejohanan WTA Cincinnati pada awal pagi Isnin.

Katanya, peluang berdepan Barty sememangnya ditunggu-tunggu kerana ia melengkapkan ‘perjalanan’ cemerlangnya pada kejohanan berkenaan.

“Ini adalah pertemuan pertama kami. Namun, bagi saya ia cukup sempurna apabila beraksi di gelanggang utama dan berdepan pemain nombor satu dunia.

“Ia satu cabaran yang besar buat saya dan saya sudah tidak sabar mengharunginya,” katanya.

Pada Ahad, Teichmann mencipta kejutan apabila melangkah ke final Kejohanan WTA Cincinnati apabila menewaskan pemain ranking keempat dunia, Karolina Pliskova 6-2, 6-4 pada aksi suku akhir pada Ahad dalam tempoh sejam 22 minit.

Pada pusingan 16, Teichmann turut mencipta kejutan apabila menumbangkan pemain nombor dua dunia, Naomi Osaka dari Jepun, 3-6, 6-3, 6-3.

Mengulas mengenai kemenangan berkenaan, Teichmann berkata, dia cukup berpuas hati dengan teknik servis yang dipamerkannya pada pertemuan berkenaan yang dilihat banyak kali memerangkap Pliskova.

Malah katanya, dia juga berjaya memenangi permainan rally pada pertemuan berkenaan yang turut menyaksikannya meraih mata.

Artikel Berkaitan:

“Saya tahu saya beraksi baik pada perlawanan ini. Bermula dengan servis saya turut cemerlang ketika bermain rally.

“Selain itu, saya juga sebenarnya telah berlatih untuk memperbaiki kelemahan-kelemahan yang lain seperti daripada segi pukulan stroke saya.

“Apa pun saya cukup gembira dengan kemenangan ini dan ia adalah hasil kerja keras yang dilakukan dalam tempoh beberapa minggu ini, kini saya sudah tidak sabar untuk beraksi di pentas final,” katanya.