Kes gangguan seksual: Beberapa individu dipanggil beri keterangan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis telah memanggil beberapa individu untuk membantu siasatan berhubung siasatan kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, setakat ini siasatan lanjut berhubung kes ini masih lagi dijalankan.

"Seperti apa yang saya maklumkan sebelum ini, kita telah panggil beberapa individu untuk membantu siasatan.

"Setakat ini, tiada perkembangan lain dan sekiranya ada saksi lain kita minta mereka tampil memberi maklumat," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Pada Khamis, Ebit Lew mendakwa beliau dipanggil ke Bukit Aman untuk membantu kes siasatan berhubung fitnah yang sangat melampau terhadap dirinya.

Ebit Lew berkata, kehadirannya ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sini adalah sebagai saksi kes berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN:Kenderaan polis masuk di kediaman Ebit Lew

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Ebit Lew dipanggil sebagai saksi berhubung kes fitnah

Artikel Berkaitan: