[VIDEO] Ebit Lew dipanggil sebagai saksi berhubung kes fitnah

Ebit Lew ditemui media selepas selesai merakam keterangan di Bukit Aman di sini pada Khamis.
Ebit Lew ditemui media selepas selesai merakam keterangan di Bukit Aman di sini pada Khamis.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Pendakwah terkenal, Ebit Lew, mendakwa dia dipanggil ke Bukit Aman, untuk membantu kes siasatan berhubung fitnah yang sangat melampau terhadap dirinya pada Khamis.

Ebit Lew berkata, kehadirannya ke Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, di sini adalah sebagai saksi kes berkenaan.

"Saya dipanggil sebagai saksi bagi membantu siasatan bagi pertuduhan gosip di luar sana.

"Bagaimanapun saya serahkan segala-galanya kepada pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya kepada media sejurus selesai merakam keterangan di Bukit Aman, pada jam 2 petang Khamis.

Kes berkenaan ujarnya adalah satu fitnah yang sangat kejam dan melampau.

"Pihak polis telah merakam kenyataan saya selama lebih satu jam dan saya memberikan kerjasama sepenuhnya," katanya.

Sementara peguamnya, Datuk Hasnal Rezua Merican, berkata setakat ini pihak polis ada menyatakan beberapa seksyen untuk siasatan kes tersebut, namun pihak polis belum memberikan seksyen sewajarnya untuk siasatan kes ini.

"Setakat ini, pihak polis juga memaklumkan tiada keperluan untuk memanggil semula anak guam saya," katanya.

Artikel Berkaitan:

Pada Khamis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan mengesahkan kehadiran pendakwah berkenaan untuk memberi kenyataan.