4.89 bilion dos vaksin Covid-19 didaftar seluruh dunia

Lebih 4.89 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Ahad. Foto 123RF
Lebih 4.89 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Ahad. Foto 123RF
A
A
A

SEJUMLAH lebih 4.89 bilion dos vaksin Covid-19 sudah didaftarkan atau disuntik di seluruh dunia sehingga pagi Ahad.

Ini merupakan pertambahan puluhan juta dos berbanding hari sebelumnya.

Menurut data John Hopkins University, China kini mendahului dengan lebih 1.9 bilion dos vaksin yang sudah didaftarkan.

Ini diikuti India sebanyak 576 juta dos manakala Amerika Syarikat dengan 360 juta dos vaksin.

Negara lain yang mencatat jumlah melebihi 100 juta dos adalah Brazil.

Manakala Jerman dengan 99 juta dos, United Kingdom dan Perancis melebihi 80 juta dos.

Di Asia Tenggara, Indonesia mendahului dengan jumlah dos yang didaftarkan sebanyak 88 juta dos, jauh meninggalkan negara lain.

Ini diikuti Malaysia dengan lebih 30 juta dos. - Awani

Artikel Berkaitan: