Bomba selamatkan tiga lelaki terkandas di hutan Batangsi Semenyih

Salah seorang mangsa yang ditemui dalam keadaan lemah dibawa keluar menggunakan pengusung.
Salah seorang mangsa yang ditemui dalam keadaan lemah dibawa keluar menggunakan pengusung.
A
A
A

HULU LANGAT - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menyelamatkan tiga lelaki yang dilaporkan terkandas di hutan Batangsi Semenyih pada Sabtu.

Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih digerakkan ke lokasi bagi membantu polis mencari mangsa yang dilaporkan hilang.

Menurutnya, laporan kejadian diterima pada jam 7.06 pagi melibatkan mangsa berusia 28 hingga 36 tahun yang masuk ke hutan air terjun berkenaan dengan menunggang tiga buah motosikal.

"Salah seorang mangsa dimaklumkan tergelincir dan pengsan ketika masuk ke lokasi dan telah terputus hubungan.

"Gerakan mencari dan menyelamat dilakukan oleh pihak polis dan bomba. Pengadu memaklumkan tempoh empat jam diperlukan untuk ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Katanya, mangsa berjaya ditemui dalam keadaan selamat oleh pasukan bomba pada jam 10.04 pagi.

"Mangsa dalam keadaan keletihan dan dalam usaha membawanya keluar dari lokasi," katanya.

Artikel Berkaitan: