'Saya tidak pernah beritahu Salah akan menjadi legenda'

Klopp percaya Salah akan terus memecahkan rekod bersama Liverpool.
Klopp percaya Salah akan terus memecahkan rekod bersama Liverpool.
A
A
A

PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp percaya pemain penyerangnya, Mohamed Salah tidak memerlukan motivasi tambahan untuk memecahkan rekod dan mencapai tahap legenda bersama The Reds.

Menurut Klopp, Salah tahu apa yang perlu dilakukan dalam setiap perlawanan dan yakin pemain Mesir itu mampu memecahkan lebih banyak rekod bersama kelab itu.

"Saya tidak perlu memberikannya motivasi. Dia sendiri sudah mengetahuinya dan dia sangat gembira di sini.

"Saya tidak tahu dia memecahkan rekod (pada perlawanan menentang Norwich). Dia selalu bermain dengan sepenuh hati dan apabila berada dalam situasi terbaik dia akan menjaringkan gol.

"Dia mampu menjaringkan lebih banyak gol dan tiada kesangsian mengenai perkara tersebut. Dengan kualiti dimilikinya, dia akan mencipta rekod lain juga.

"Saya juga tidak pernah memberitahu Salah bahawa dia akan menjadi pemain hebat atau legenda di Liverpool. Ia bukan sesuatu yang anda perlu kejar. Jika rekod, ya, tetapi jika menjadi legenda... ia selepas karier anda berakhir. Saya harap dia akan terus berada pada tahap sebaik ini," katanya.

Salah mencipta sensasi dalam kemenangan 3-0 The Reds ke atas Norwich City pada Ahad minggu lalu dengan menjaringkan satu gol dan dua bantuan gol sekali gus menjadi pemain pertama dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) yang menjaringkan gol pada aksi pembukaan untuk lima musim berturut-turut.

Pemain berusia 29 tahun itu telah menjaringkan 98 gol dalam 159 penampilan di EPL dan dijangka mampu meledak lebih banyak gol bersama Liverpool.

Artikel Berkaitan: