Tuchel harap sentuhan pemusnah Lukaku

Lukaku (kiri) jadi taruhan utama Chelsea untuk merobek gawang Arsenal.
Lukaku (kiri) jadi taruhan utama Chelsea untuk merobek gawang Arsenal.
A
A
A

PENGENDALI Chelsea, Thomas Tuchel mengharapkan sentuhan pemusnah penyerang baharu The Blues, Romelu Lukaku ketika menentang Arsenal dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Emirates pada Ahad.

Menurut Tuchel, melihat kualiti besar dimiliki Lukaku sekali gus meletakkan harapan tinggi untuk pemain kelahiran Belgium itu menyinar bersama The Blues.

"Apabila anda membawa masuk seorang pemain yang mahal, sudah tentu anda meletakkan harapan tinggi kepada pemain itu dan mahu dia menunjukkan kualitinya.

"Sama juga seperti kami, jangkaan kami terhadapnya sangat tinggi dan positif. Saya juga dapat rasakan Romelu berusaha keras dan kami juga sudah sedaya upaya membawa pasukan ini ke tahap yang berbeza," katanya.

Lukaku bakal membuat debut untuk Chelsea ketika menentang Arsenal dalam aksi EPL pada Ahad selepas melakukan perpindahan besar daripada Inter Milan pada.

Dalam pada itu, Tuchel juga percaya Lukaku mampu mencipta banyak sejarah bersama kelab itu dan membantu The Blues memenangi lebih banyak trofi.

"Tidak ada banyak nama dan salah satu penyelesaian utama adalah Romelu. Akhirnya, kami hanya dapat memberikan sokongan dan Romelu membawa sesuatu ke skuad ini yang membuatkan kami yakin.

"Jadi, pada masa ini ia lebih menyeronokkan berbanding tekanan. Dia sangat sesuai dan saya harap dia mampu membuktikan kualiti ketika menentang Arsenal," katanya.

Artikel Berkaitan:

Chelsea telah memenangi semua perlawanan dalam empat pertemuan terakhir kedua-dua pasukan di Emirates.